Friday, July 20, 2012

Takaful

Sejak Malaysia mula memperkenalkan sistem takaful, dunia begitu berminat dengan sistem kewangan Islam yang satu ini. Ini kerana sistem ini mempunyai risiko yang rendah dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.

    Sistem kewangan konvensional yang lama sebenarnya lebih kepada sifat menindas. Sebagai contoh, syarikat kewangan konvensional boleh mengenakan bunga dan 1001 cas tersembunyi secara sesuka hati, malah mereka membuat peraturan-peraturan yang memeningkan dan menyusahkan pelanggan untuk mendapat keuntungan.Perkara ini amat merugikan terutama kepada golongan yang kurang terpelajar.

Sistem kewangan takaful mempunyai sistem yang terancang dan rapi. Ianya dipantau selalu, telus dan lebih mudah difahami. Sebarang percubaan memanipulasi sistem kewangan ini akan diketahui segera dan pesalah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Antara contoh sistem kewangan takaful yang berlandaskan Islam ini:-


Kedai pajak gadai Ar-Rahnu:



Kedai pajak gadai ini sangat-sangat popular sejak dibuka di Malaysia. Ini Kerana kedai ini hanya mengenakan cas menyimpan ianya jauh lebih murah kedai pajak gadai biasa yang mengenakan cas bergantung kepada % nilai emas malah kedai pajak gadai biasa mempunyai cas penalti untuk yang lambat bayar.



Perbankan Islam:






Kebanyakan orang masih lagi tidak tahu perbezaan antara sistem perbankan konvensional dan sistem perbankan Islam. Sekarang, kebanyakan bank memberi pilihan sama ada mahu membuat urusan secara konvensional atau secara Islam. Perbankan Islam bukan setakat akad ijab dan kabul sahaja. Ianya lebih terjamin kerana Ia dipantau oleh Jawatan Kuasa Penasihat Syariah yang terdiri dari ulama dan pakar kewangan Islam untuk memastikan segala proses perbankan berlandaskan syariah,adil dan tidak berat sebelah.


Insurans Takaful


Seperti Ar-Rahnu, insurans takaful yang berlandaskan Islam menjadi perhatian. Ini kerana berbanding insurans konvensional yang hanya menjual perlindungan, insurans takaful membolehkan pelanggan membeli perlindungan sambil melabur dan menyimpan.

  Insurans konvensional lebih berkonsepkan perjudian. Ini kerana, pelanggan perlu membayar wang perlindungan dan hanya mendapat kebaikan jika sesuatu yang buruk berlaku kepada pelanggan. Insurans takaful pula membolehkan pelanggan membeli perlindungan dan mendapatkan semula wang tersebut selepas tarikh matang dengan nilai yang berlipat kali ganda. Oleh kerana ia berdasarkan sistem tabaru' dan pelaburan Islam yang berlandaskan Islam, maka ianya halal dan menguntungkan kedua-dua belah pihak.



Perbankan Islam dan Insurans Takaful mempunyai banyak cabang.Saya akan terangkan setakat mampu kemudian.


















Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa, semoga terawih tahun ini penuh dan segala ibadat kita diterima Allah.